Sunday, July 31, 2011

adakah kau menipu ?

kenape engkau perlu menipu aku sedangkan selama ini aku jujur dengan kau ? dan kenape kau perlu berlaku curang ? adakah penyelesaiannya adalah perpisahan ? aku sudah tidak sanggup hadapi semua ini . Adakah perempuan semua seperti kau yang sering menipu lelaki ? mulai sekarang aku tidak akan mengambil tahu tentang kau dan aku tidak ingin sesekali mendekati cinta kerna cinta yang datang pasti akan pergi , sakitnya cinta

Tuesday, July 26, 2011

Sakitnya kebenaran


Perpisahan yang tidak kuingini berlaku juga akhirnya , kenapa perlu ia nya berlaku ? kerana ia nya akan memberi kan kebenaran . Budak gigi besi , aku mencintai kau seada nya walau pun aku tahu bagaiman sikap kau . Walaupun aku tahu tentang sikap kau tapi kenapa aku terlalu menyayangi kau ? perasaan ini muncul secara tiba-tiba . Cinta aku pada kau tidak pernah luluh walaupun kita telah pun berpisah . Pada mulanya aku fikir aku adalah manusia yang bodoh kerana melepaskan kau dan membuat keputusan sebegitu tapi aku silap setelah engkau memberitahu kebenaran nya . Kau telah menyatakan bahawa sewaktu kau bersama aku , kau telah ada orang lain dan sehingga sekarang kau bersamanya . Sewaktu kau memberitahu aku , hati aku luluh dan aku tidak dapat menerima kenyataan tapi apakan daya , itu adalah pilihan kau . Aku tidak pernah menyalahkan kau dalam hubungan kita tapi aku akan ingat sampai ke akhir hayat aku yang kau telah menipu aku bahawa kau tidak pernah berlaku curang padaku dan kau juga pernah berkata "kau akan mencintai aku selamanya" . Harapan kau terlalu palsu , walaupun aku lemah tanpa kau tapi aku akan cube sedaya upaya untuk kuatkan hati aku :')

Tuesday, June 14, 2011

kau adalah cinta mati ku ;D


Bila aku bersama kau , aku terlalu gembira sehinggakan aku lupa masalah aku , aku tak pernah mencintai seseorang sebagaimana aku mencintai kau . Kau adalah teristimewa bagi ku dan aku harap kau akan ada disamping aku sehingga ajal aku tiba . Maafkan aku kerna selalu menyakitkan hati kau sehinggakan kau mengangis , bila kita bergaduh aku selalu offphone kerna aku tidak ingin kau mendengar aku menangis , aku harap kau faham "ANAK JAMIN"  .


P/S : awak jangan text dengan lelaki lain tau coz saya ni kuat jeles

kawan ke macam ni ?


Kau yang aku anggap kawan baik selama ni tapi kau menikam aku dari belakang dengan perlahan-lahan tanpa aku sedari sehinggakan orang yang mencintai aku , kau merampasnya , tidak mengapa aku memaafkan kau :')

orang tengah ?





Mula-mula kau jadi orang tengah untuk baik kan hubungan aku dengan dia , kerana pada waktu itu dia menunggu aku . Kau menyuruh aku "break up" dengan orang yang aku sayang untuk kebahagiaan si dia , kini aku menyayanginya tapi aku tak mencintainya . Kau kata kau hanya ingin menjadi orang tengah untuk aku dan dia tapi kini kau berkata yang dia sudah pon menjadi milik kau , bukankah itu "kawan makan kawan" ? biarlah benda ni terjadi , aku harap CIK NURUL ALIYAH menganggap aku seperti angin yang bertiup untuk sementara sahaja :')

aku harap kau tak kenakan dia macam mane kau kena kan aku , janji tau ?

Monday, May 16, 2011

kini ?


"baby .you are not the first that i LOVE in my life . but maybe you are the last one . i love you with all my hearts . i'll never regret you . and i promise you , i'll be the best of the best you ever had . I LOVE YOU"   
kata-kata kau sungguh manis sehinggakan aku tak percaya yang kau telah menipu aku , kenapa kau perlu berbuat demikian sedangkan kau benar-benar tidak mencintai aku . walaupun aku bersama kau sekejap saja , tapi masa yang sekejap itu aku akan hargai . kenapa engkau terus menghilang dan lari dari aku , kenapa ? . dan kenapa engkau perlu bermain dengan perasaan aku , sedangkan selama ini aku terlalu baik dengan kau .

kini , apabila aku mendengar perkataan CINTA , pasati aku terbayangkan seksanya cinta :'D



Tuesday, May 10, 2011

love is ?


Cinta datang dan pergi , ianya adalah lumrah hidup . Seseorang yang tidak pernah merasakan cinta pasti menginginkan nya , tapi bagi aku ianya sebaliknya kerana bagi aku cinta yang membuatkan seseorang itu berubah . Cinta menyeksakan ? bagi ya kerana banyak yang pergi disebabkan cinta . Cinta itu indah ? entah aku tidak pernah merasa indah dalam percintaan kerana bila indah itu mula berputik pasti duka itu segera menghampiri , " dimana ada suka , pasti duka akan menghampiri " . Cinta menakutkan ? mungkin kerana bagi sesetengah orang , cinta itu lebih kepada asmara .

Cinta membuat kan seseorang menjadi buntu apabila perpisahan tiba , ahh ! sungguh perit nya cinta , kini cinta tidak lagi bermakna untuk aku :'D