Wednesday, September 19, 2012

"Ku cuba pertahankan"


Kepercayaan kau pada aku telah terhapus sejak dua menjak ini, kau lebih meyakini masyarakat sekeliling tanpa bertanya pada aku, adakah cinta kau sama seperti kepercayaan kau pada aku? aku harap tidak kerana hati ini tidak mudah berpatah balik seperti sedia kala. Aku tidak ingin sesekali kita tersasar dari landasan percintaan kita hanya kerana kepercayaan kau kerna aku tahu pabila hilangnya kepercayaan kau pada aku maka tamatlah rasa cinta kau pada aku. Dahulu, setiap kata-kata kedengaran jujur tapi kini hanya sandiwara yang bermain dibibir kau. Kau seolah-olah ingin pergi dari hidup ini dengan segera tetapi dihalang oleh aku, maaf kerna amat menyayangi kau. Disetiap kesalahan aku, kau cuba bongkarkan tetapi kesalahan kau, kau cuba sembunyikan dan kau cuba merahsiakan. Adakah ini hasilnya setelah aku berikan kejujuran pada kau. Aku tak mampu bertahan diatas tuduhan melulu kau pada aku, aku cuma hanya mampu mempertahankan apa yang benar. Takdir telah ditentukan sejak kita lahir lagi tetapi jalan takdirnya kita yang pilih dan ia akan menjadi misteri bagi kita :'(

Monday, July 16, 2012

Hanya kau bisa.....




Kau telah membuka mata aku agar mengenal insan yang digelar wanita dengan lebih dalam, supaya aku dapat memahami perasaan wanita. Kau bukan saja membuka mataku tetapi kau juga telah membuka hati ni dan seakan-akan mengisi ruang kekosongan yang telah lama terkubur. Usia kita mungkin membezakan kita tetapi aku tidak pernah memikirkan itu adalah perbezaan kita cuma apa yang membezakan kita, kau telah dimiliki oleh seseorang. Aku tidak ingin menjadi penghalang cinta kau dan si dia tetapi aku juga tidak ingin membiarkan takdir mengkhianati cinta ini. Haruskah aku melupakanmu? mungkin itu lebih menyeksakan aku. Tetapi ini bukan alasan ataupun maksudku untuk melupakan kau. Dan bukannya aku ingin melukai hati kau sedangkan aku disini yang terluka kerna cuba melupakanmu, maafkan aku.


“Dari semua yang telah aku jalani bersamamu, aku ingin engkau menjadi milikku, aku ingin kau disampingku. Tanpa kau, aku cuma manusia tanpa cinta, hanya dirimu yang mampu memasuki dalam hatiku. Aku ingin engkau menjadi milikku, aku akan mencintai dan menjagamu selama hidup aku. Dan aku akan berjanji hanya kaulah yang ku sayangi, aku akan setia disini menemani selama aku boleh bertahan, selama aku boleh bernafas dan selama mana cinta ini mengalir, aku akan cuba menjagamu”  

Monday, February 13, 2012

Tolong percayakan aku :')

Dalam percintaan , kepercayaan paling penting , jika kita hilang kepercayaan kepada seseorang , itu mungkin membuatkan perasaan cinta semakin pudar . Percintaan bukan permainan yang boleh kita kawal , ia adalah anugerah yang tak diduga . Hmm , kau adalah teman yang paling manja dalam hidup aku selama ini , hubungan kita penuh dengan warna-warni , tetapi hari ini kau sudah mula tidak mempercayai aku , kenapa ? Oh tuhan , tolonglah diri ini agar dia percayakan aku kerna aku ingin mendampingi dia .Aku ingin meminta maaf kepada kau kerna banyak membuatkan hati kau terguris , aku harap hati kau terbuka untuk memaafkan aku kerna aku tidak ingin kesalahan ini menjadi duri dihati kau . Aku ingin kau tahu yang aku sentiasa mencintai kau :')

Saturday, February 4, 2012

Warkah hatiku

Perkenalan kita yang boleh dikatakan begitu bodoh tetapi unik berakhir dengan kekecewaan dihati , mungkin kata-kata kau hanya untuk membuatkan aku gembira sehinggakan aku terlupa yang aku telah diperbodohkan , hmm . Luahan aku disini bukan untuk memburukkan sesiapa kerna aku tahu tiada siapa yang sempurna , tetapi aku disini hanya untuk meluahkan apa rasa dihati . Cinta memang mudah untuk diungkapkan tetapi mengapa aku tidak pernah merasai apa itu bercinta dengan seikhlas hati , hatiku umpama kaca yang berderai pabila aku tahu siapa dihati kau , ianya bukan aku tetapi si dia . AE adalah singkatan bagi nama kau dihatiku tapi kini ianya akan membuatkan aku kecewa . Inilah warkah hatiku . "pabila aku mendengar suaramu hatiku umpama desiran pasir yang mengetuk pintu hati , tetapi kebenaran yang aku rasa seperti dipukul ombak , walaupun ianya perlahan ia tetap akan menghanyutkan aku"