Wednesday, February 2, 2011

"Diari Darjah 2"

 

Ni lah ambition aku waktu aku umur 8 tahun , pelikkan macam mane lahh aku bole ingat , ceritanya mcam ni . Semalam mak aku suro kemas bilik and buang komik or majalah yang dah lame but aku tak buang , aku just selongkar je tetibe aku aku ternampak buku nota , dekat kulit buku tu tulis "DAIRI FADZIL" , kelakar kan , eja diari pon sala , HAHA , then aku tengok lah , macam-macam cerite ade tapi sesetengah nye aku tak faham sebab tulisan buruk sangat , biase lah tulisan waktu darjah 2 . Aku tengok lah , sehelai demi sehelai , ade kisah cinta(kecik-kecik dah gatal) , cita-cita and macam-macam lagi tapi yang kelakar nya aku dah set mase nakk kawen , tahun 2020 , HAHA , kecik-kecik dah fikir nak kawin , lagipon sape lah yang nakk kawin  ngan aku , dah lah tak handsome kurang pandai pulak tu , HAHA . Aku bace lah diari tu , kusyuk jugak aku bace then tetibe keluar gambar "chef wan" , yealah siape lah chef yang aku knal waktu tu , cume "chef wan" je aku knal . Dalam diari aku siap ade resepi memasak lagi , HAHA , tak tahu lahh , sedap ke tak resepi yang aku tulis ,

TAMAT

"Semalam Kau Pergi"


semalam kau pergi...
seakan ingin ku tarik tanganmu...
gari langkah mu...
dan lukis senyummanmu
agar kebahagiaan tidak lari meninggalkan aku...

"LAGU YANG MEMBAWA MAKNA" :'(


Terima kasih kepada Jason Mraz kerana sponsor lagu kat blog aku , HAHA . Lagu itu bertajuk "Prettiest Friend by Jason Mraz" , lagu ni memang memberi makne untuk aku kerana bila aku terdengar lagu ni aku akan teringatkan seseorang yang pernah bersama aku tapi kini dia telah pergi , macam cerite filem kan kisah aku ni , tapi yang aku cerite kan ni adalah benar , bukan rekaan semate-mate . Seseorang yang aku kata tadi ialah MAYA iaitu cinta pertama aku , ramai yang menganggap bahawa cinta pertama yang paling terindah tapi jika sesuatu yang indah pasti akan ade nya kesedihan , kekecewaan dan yang paling tepat ialah perpisahan . Cinta , cinta dan cinta , ia sungguh menyakitkan , ia boleh membuat yang normal menjadi abnormal dan yang tidak normal menjadi normal . Cinta sungguh misteri , sewaktu aku bersama MAYA , setiap hari bagi ku indah indah sahaja sehingga satu saat dia pergi meninggal kan aku , tragedi itu melibatkan semua ahli keluarganya sewaktu hendak pergi bercuti . sewaktu aku tahu yang MAYA sudah tiada , aku tidak dapat menerima hakikak dan aku sering terbayang-bayangkan wajah nya . Ada pepatah melayu mengatakan "jika kite mengingati seseorang ,  pasti dia akan mengingati kite walaupon orang itu sudah tiada" .Sehingga sekarang aku tidak pernah melupekannya dan dia lah yang menjadi inspirasi ku .

P/S : sedekahkan lah al-fatihah kepadanya :'(

nasib badan , HAHA


Semalam aku hang ngan kengkawan sebab nakk tengok citer "KHURAFAT" but takk jadi sebab member aku IMAN penakut sangat then kiteorang pon tengok cerite "HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH " , bole tahan jugak cerite dia tapi aku tak dapat focus sangat lahh sebab IMAN and FIZI gelak kuat sangat , sakit telinge aku , erghh !  takpe lahh nasib ade awek cun duduk sebelah aku , sempat jugak aku knal ngan dia , dia seorang yang kelakar , manis (bertudung) , baik dan paling penting dia tak sombong . Aku tak mintak no phone dia couse aku ni pemalu sikit :P but aku dapat email FB dia , FB pon jadilah , tengah seronok aku kenal ngan dia then tetibe dia dapat mesej , pastu aku tanye lahh "sape msj ?" then dia kate "bf , dia suro balik cepat sikit" , naik menyinge aku dengar then aku terus pandang screen lalu aku buat-buat focus je padahal nakk cover perasaan yang tengah menyinge . Waktu aku nak ambik 'POP CORN' tetibe aku rase semacam sebab ringan sangat then aku tengok dah abis , pastu dengan perasaan yang marah aku berkate "siape yang makan pop corn aku , aku takk makan lagi ! bodo lah korang ni ! " then tetibe sorang dari member aku iaitu FAIZAL berkate " sory arr (sambil senyum kambing)" . Takpe lah , bende dah belaku , ape aku bole buad then aku terus tido kat wayang sebab nak hilangkan marah punye pasal . Sengalkan aku , membazir duit je , datang wayang untuk tengok tapi aku datang wayang pergi tido , bazir duit je , HAHA

the moral of this :
ntah , aku pon takk tahu , HAHA