Wednesday, September 19, 2012

"Ku cuba pertahankan"


Kepercayaan kau pada aku telah terhapus sejak dua menjak ini, kau lebih meyakini masyarakat sekeliling tanpa bertanya pada aku, adakah cinta kau sama seperti kepercayaan kau pada aku? aku harap tidak kerana hati ini tidak mudah berpatah balik seperti sedia kala. Aku tidak ingin sesekali kita tersasar dari landasan percintaan kita hanya kerana kepercayaan kau kerna aku tahu pabila hilangnya kepercayaan kau pada aku maka tamatlah rasa cinta kau pada aku. Dahulu, setiap kata-kata kedengaran jujur tapi kini hanya sandiwara yang bermain dibibir kau. Kau seolah-olah ingin pergi dari hidup ini dengan segera tetapi dihalang oleh aku, maaf kerna amat menyayangi kau. Disetiap kesalahan aku, kau cuba bongkarkan tetapi kesalahan kau, kau cuba sembunyikan dan kau cuba merahsiakan. Adakah ini hasilnya setelah aku berikan kejujuran pada kau. Aku tak mampu bertahan diatas tuduhan melulu kau pada aku, aku cuma hanya mampu mempertahankan apa yang benar. Takdir telah ditentukan sejak kita lahir lagi tetapi jalan takdirnya kita yang pilih dan ia akan menjadi misteri bagi kita :'(

No comments:

Post a Comment