Tuesday, February 1, 2011

"SAD STORY"


Baru selesai membaca blog sedih . Kisah seorang gadis kehilangan jejaka kesayangan, bukan kerana telah berpisah tapi kerana sang jejaka telah pergi buat selamanya . Korang faham ape yang aku maksud kan? macam semua orang pun tau. ajal dan maut di tangan TUHAN . Kita sebagai manusia hanya akan terus merancang dan menerima takdirNYA.


tapi, macam mana rasanya bila kita kehilangan orang yang kita sayang? hilang untuk selamanya? tanpa angin dan ribut. dengan tiba-tiba dan serta-merta? macam mana kita nak terima takdir yang macam tu? mungkin di hadapan orang kita masih boleh melemparkan senyuman tapi di dalam hati? hanya kita dan DIA yang tahu.


aku tak pernah rasa kehilangan orang yang aku sayang. kalau boleh aku tak nak rasa pun. memang aku tak pernah rasa tapi aku dapat bayangkan betapa sakit dan sedihnya rasa kehilangan tu .  bila hilang orang yang selama ni text kita 24 jam tanpa henti? bila hilang orang yang call kita 24 jam tanpa henti? lebih lebih lagi bila kita hilang orang yang kita cintai ? oh my god, macam mana nak terima? tell and teach me how.


seriously dalam setiap relation mesti saling mencintai satu sama lain . bukan sekadar suka pada rupa paras but everything about her . and seriously aku tak dapat nak bayangkan semua ni if jadi kat aku.

p/s : merindui seseorang sejak sekian lame kerana hbngan terputus mcm tu je :'(

No comments:

Post a Comment